Panduan Belajar Secara Bijak :) ON Tuesday, August 13, 2013 AT 9:52 AM
Asalamualaikum,
okay entry kali ni Ain nak bagi tips kat korang acano nak belajar secara bijak .Entry ni Ain baca kat blog pinkmiaw . So bila baca tu teringin nak share ngan korang . Entry ni bukan untuk korang je. Tapi untuk ingatkan diri Ain jugak . Pada sesiapa pelajar espiem, yang macam Ain ni dah masuk bulan 8 tapi liat nak bukak buku . Boley la guna cadangan - cadangan ni.
1. Belajar kena faham bukan dengan menghafal je
ya ! Fungsi kenapa kita kena belajar ialah untuk memahami benda baru. Kita boleh hafal 100 peratus semua detail pelajaran, tapi yang lebih penting, kita faham ke apa yang kita hafal tu? Sebelum nak menghafal, cuba dengan sedaya upaya untuk faham dulu apa yang dibaca kay !
2. Membaca kunci untuk belajar
Agar kita dapat memahami, pastikan sekurang kurangnya bacalah bacaan baru 2 kali dalam satu hari . Contohnya, kita kena lah baca dulu buku tu sebelum cikgu kita nak masuk ajar tajuk baru . Macam Sejarah tu kan ! *Ain le tu yg tak baca bila esoknya ada Sejarah . hewhew .
3. Catat apa yang dipelajari
Tak usah le kita catat nota panjang berjela jela bak hang . Buat la mindmap ke kata kunci ke kan . Ha masa yang suntuk ni sesuai sangat la Ain buat acamtu, hihi.
4. Hafalkan kata kunci
Buat kata kunci setiap apa yang dihafal . Supaya senang nak ingat masa otak kita nak recall balik apa yang kita baca .
5. Tentukan masa belajar yang tepat dan betul
Waktu belajar yang best masa badan kita fresh-2 gitu. Waktu pagi kita lebih senang nak serap apa yang cikgu ajar kat kita, kan kan .*tapi Ain kengkadang pagi tu dah terlelap dah, ish ish teruk budak ni !
6. Latih sendiri kekuatan kita
Kay, bila korang dah habis belajar satu bab ni, cuba buat latihan kat belakang buku teks tu ke or kat buku latihan mane-2 je lah untuk uji sekuat mana daya ingatan and fahaman kita ni . Kalau tak faham dengan soalan and jawapan yang ada kat buku tu, moh le cepat-2 kita pergi tanya cikgu !
7.Masa untuk berehat
Kay, bila kat kelas, mesti cikgu korang akan cakap 'take five' kan? *cikgu Fizik Ain selalu guna ayat ni, hihi. Bila dah tekun belajar tu,otak mesti nak rehat jugak kan ? Konon nye otak tepu lah kan, hihi. Setiapkali 30-45 minit belajar kat rumah, korang kena ulang dengan rehat kejap. Sama lah kalau kat asrama pun kan, rehat jap masa kat bilik prep tu. Buat larian 100meter ke dalam bilik prep tu, haha. Mahu kena rocall ngan warden kalau buat cenggitu. haha, tak tak. Buat lah sedikit senaman untuk pulihkan & segarkan badan yang sengal sengal masa belajar tu, heeee. Bila kita dah rehat, badan jadi segar and otak kita boleh terima bahan baru .
so korang, selamat mencuba :)
Kepada pelajar SPM 2013, goodluck for trial kay !