PRS : ON Tuesday, February 12, 2013 AT 1:00 AM
Assalamualaikum, okay . Minggu lepas hari Isnin ain jadi PRS selama 3 hari. Nak bagi taw lah ni, penat bak hang. Baru tak masuk kelas sehari homework dah banyak bak hang. Tapi ain jadi PRS 2 hari je. Hari Rabu tak pergi sebab malas pown ade. Hehe, tak de lah. Sebab ain nak bagi athirah jadi, sebab ain saja je masuk jadi PRS ni, nak timba pengalaman, dah dapat timba, keluar lah. Haha. Boleh pulak acamtu kan. Hehe, boleh je. okay, ain pegang mic masa perkenalkan diri je. Tu je la dapat pegang mic pown, sebab nye? Saya kan pemalu orang nye. *muntah pelangi agaknya kalau kawan ain baca. Haha. Hari kedua ain and qilah uruskan program ngan PRS yang lain cam biasa. Tapi ain and qila handle masa hari Selasa tu sampai rehat je, sebab nak wat coursework awam and eksperiment kimia . Then kawan ain bagi taw cikgu mutaza marah-2 sebab kitorang pergi kelas. Hello cikgu, kalau kimia and awam kitorang tak lulus, cikgu nak ke jawab balik untuk kitorang ? Bukan nye lama pown kan. Memang lah tak adil untuk kawan-2 yang lain, tapi tolong lah faham jugak. Haish, ingatkan lepas cikgu marah tu, dah rancang dah ngan qilah petang tu tak join kot PRS tu, tapi kawan PRS yang lain ajak, jadi kami pown pergi la. Tapi ain petang tu duk urus junior tengah sakit. Kesian dia. Ain yang macam orang gila duk cari cikgu bertugas tak jumpa-2 . Sebab kesian La kat budak tu dah sakit takkan nak kena cari jugak. Jadi ain tinggalkanlah dia kat kantin. And pergi cari cikgu bertugas. Cari kat bilik guru tak jumpa, cari kat perpustakaan pun tak de jugak. Pastu lupa lah pulak sapa lagi cikgu bertugas sebab ain cuma ingat cikgu Haslina and cikgu Firdaus yang bertugas. Then tanya kat Kimie cikgu apa yang bertugas. Then g tengok kat dewan terbuka, ternampak cikgu Razimah. Then ain tanya lah cikgu, cikgu nampak cikgu Firdaus tak? Ade budak sakit. Sakit kat bahagian dia bedah apendiks tu dulu. Then elok je cakap ngan cikgu, cikgu cakap ha...tu cikgu Firdaus. Then ain gtaw lah kat cikgu ade budak sakit. Then cikgu suruh bawak budak tu pergi kat bilik guru. Then dah bawak budak tu g bilik guru, cikgu tanya dia nak pergi hospital ke ? Dia kata nak. Eh lupa nama dia F. Ha masa ain nak pergi panggil F ni kat kantin, dia tengah nangis, mesti sakit sangat kan, kesian dia. Then cikgu cakap, awak teman dia pergi hospital ye? Ain pown, ha baik cikgu. 'sambil nafas tecungap cungap .haha. Oksigen, oksigen.' Lepastu cikgu cakap ha awak pergi ambik kad rawatan dekat pejabat, apa lagi turun balik tangga pergi pejabat. Penat bak hang naik turun tangga . Then cikgu suruh tunggu depan DB. Then masa tunggu coaster tu, nampak cikgu Farah, Then ain bagi tahu lah kat cikgu nak teman si F ni pergi hospital. Then cikgu kata okay. Coaster pown sampai depan DB. Then pak cik tu pecut pergi hospital. Sampai hospital, daftar kan si F ni. Then amik nombor, dah dapat g lah tunggu. Nasib baik lah kejap . Nurse tu amik tekanan darah F and suhu badan dia. Pastu dia bagi tahu lah dia sakit apa. Then Nurse tu suruh jumpa doktor. Ain pown teman lah dia masuk, Then doktor tu tekan perut dia tempat dia sakit, menjerit dia. Aku yang dengar ni, hanya mampu dengar and kesian kat dia. Sumpah masa dengar tu, dapat rasa sakit dia ooo. Then lepastu amik ujian tu, masa amik ujian darah, muka sangat takut ooo, gila kau, amik darah tu, ain pown takut. Then ain pergi hantar ujian darah dia kat doktor tu. Pastu doktor suruh tunggu, bila ain tunggu, si F tu pulak hilang entah kerana ngan doktor tu. Risau lah weyh, dia perempuan, Kang jadi apa-2 ain yang kena sebab doktor tu India and laki. Nampak ain fikir negatif, maafkan saya ye doktor sebab fikir lain, tapi nak buat macam mana, kena hati-2. Ain dah risau, mana lah doktor ni bawak dia. Pak cik yang bawak kitorang g hospital tu setia menunggu kitorang . Pak cik tu pown risau gak. Then tunggu si F ni, Pastu nampak dia duduk atas kerusi roda, masa dengan dia je sejak dari Sekolah sampai kat hospital kalau berdua je, mesti dia cakap, maaf lah susahkan akak. Mesti akak penat kan. Dia buat ayat sadis, tapi ain tak kisah, ye lah orang tengah sakit kan. Mesti lah fikir kesihatan dia tu. Ain cakap kat dia akak tak kisah La. Then Nurse tu suruh lagi ain pergi daftar nama dia, apa lagi g lah daftar sementara tu, si F ni tulis lah barang-2 apa dia nak and bagi nombor tel ayah dia. Untuk ain bagi kat warden . Then dah selesai, ain cakap kat dia jaga diri, sebab dia kena tahan kat wad. Then bila ain nak pergi, dia tarik tangan ain and salam tangan ain. 'eceyh gaya macam dalam filem kan' haha. Risau jugak sebab tinggal dia sorang kan. Then ain ngan pak cik tu baik lah Sekolah, Then turun je coaster ain tengok form 4 and PRS tak keluar lagi, Pastu ain tanya lah kat dak laki form 4 tu, dia, habis pukul berapa? Then budak tu kata 4.30 . Then ain balas, Owh okay, thanks. Then terus cari warden kat koperasi, tapi cikgu tak de. Then pergi bilik guru, nak cakap ngan cikgu, tarik nafas dulu, semput bak hang. Warden tanya eh balik dah? Naik ngan apa? Dengan nafas sikit tecungap jawab lah coaster. Then tunjuk lah kertas yang si F ni tulis, Then cikgu cakap terima kasih ye Ain. Then pecut pergi DB pulak. Haha. Kenangan kenangan. Then ain cari kawan dia suruh bawak balik beg Sekolah si F ni. Then kawan dia bawak kan and ain bagi lah buku yang si F ni suruh bawak balik. Then kat surau, lepas amik air sembahyang, ain panggil kawan dia, bila ain duduk ain kawan dia si A ni pergi kat ain, dia nangis, ain pown pujuk lah kawan dia tak de pape. Ain cakap nanti cikgu Mids panggil, suruh kemas kan barang si F ni. Elok ain cakap tu, terus nama dia kena panggil. Masa si A tu datang kat ain, kawan-2 dia semua dah pandang dah. Haha, risau kena marah ke? Wat lek lah dik, akak tak marah aih, sebok je pandang-2. Huhu. F, awak dah okay ke? Harap sangat awak okay ye. Boleh nanti akak and geng akak serbu dorm korang macam hari tu. Bukan serbu sebab nak serang ke apa hari tu, cuma nak sembang je. Huhu.