Kisah Aku Masa Form 4 Bahagian 2 ON Tuesday, December 18, 2012 AT 1:05 AM
Assalamualaikum, ha! okay nak sambung balik cerita hari tu. hehe. Nak dijadikan cerita, tiba-2 satu malam tu, hari ahad bertarikhkan 15 Januari 2012 Asma suruh call dia. Then Ain pun call lah.
Asma : Ain ! Kita dapat Sekolah Menengah Teknik Gerik ! Nak pergi tak ?
Tercengang ! Ternganga ! Tak tahu nak cakap apa. Dalam hati, dia ni main-2 ke? Tapi macam siries je minah ni. Tak puas hati, acano boleh dapat kat sana pulak? Bila masa aku mohon? Pelik ! Tertanya - tanya.
Ain : Macam mana kita boleh dapat kat sana pulak ?
Asma : Mama Asma yg mohonkan, tup tup dapat. Sebab kat sana banyak kosong lagi. Mama
Asma call Pengetua SMTG tu, dia kata kat sana kosong, jadi Mama Asma pun mohonkanlah. Asma pun baru tahu ni ! Ain nak pergi ke? Mama and ayah Asma suruh pergi. Tak tahu lah nak pergi ke tak.
Ain : Gerik kat mana eh?
Asma : Kat Perak, ha nak pergi tak? Mama Asma cakap packing barang sekarang !
Amboi cepat benor nye puns ! Ain masih kaku disisi telefon rumah, terduduk keras disitu ! Haha. Siries tak percaya betul . Mana taknya, Ain terkejut macam nak gila sebab bukan apa, tetiba dapat masuk Teknik Gerik. Yelah, ingatkan Mama Asma tolong mohon kemasukan lagi kat Teknik Sepang je, rupa-2 nya dua sekolah sekali Mama Asma mohonkan. Yang SM Teknik Sepang still tak dapat jugak, yang dapat kat SM Teknik Gerik. Buat saspens je kan. huuu...
Bila Ain bagitahu kat ibu and abah Ain. Diorang pun terkejut jugak. Yelah cam mane boley dapat kan. Tiba-2 pulak tu, hehe. Mula-2 Ain fikir nak pergi, tapi bila fikir balik Ain macam tak nak pergi... Then ibu cakap "kakak pergi jelah sekolah tu, mungkin tu rezeki kakak and Asma kat sana. Tapi ingat apa kata Pak Long, Kimia and Fizik tu susah sikit. Berpusing jugak kepala awak nanti. Usaha kena lebih lah." hehe. Ibu Ain cakap macamtu sebab ibu pown amik kelas Sains dulu... huhu... Abah pulak cakap cam gini. "kalau kakak nak pergi sana , tak apa lah. abah tak kisah, abah hantar je. Tapi ingat semua ni untuk masa depan kakak jugak. Jangan bila pergi sana main-2 je kerjanya." Aish bila ingat balik result aku agak teruk kat sana, teringat habis segala apa yang ibu n abah cakap. Insyaallah, kakak akan usaha lagi untuk dapatkan result yang bagus !
Lama jugak borak-2 ngan Asma kat telefon, macam tak boley nak cerita kat sekolah pulak esoknya kan ! heeee, Tapi Ain cakap kat Asma jangan bagitahu kat kawan-2 lagi. Nanti baru bagitahu diorang terutamanya Intan. Hmm sedih nak tinggalkan dia. Kitorang mohon sama, tiga-2 mohon tapi Intan tak dapat jugak. Dia mintak course lain dari kitorang untuk Teknik Sepang. Kat Teknik Gerik rasanya Mama Asma mohon yang sama ngan kitorang kot. Sebab kat sana ada 3 je course. Kejuruteraan Awam, Mekanikal and Elektrik. *eceh promote sekolah ke cik adik? haha, lai-2 pada adik-2 yang nak masuk course ni, silalah.
Jadi hari terakhir Ain and Asma kat SMK Puteri Titiwangsa hari Khamis, bertarikhkan 19 Januari 2012 bersamaan dengan hari jadi Ain. Sedih gilo bak hang ! Birthday yang paling tak best. Haha.