Kisah Aku Masa Form 3 ON Wednesday, November 28, 2012 AT 3:08 AM
Assalamualaikum,
okay masa Ain form 3, Ain turun kelas… gang
7 of us yang lain stay 3 Usaha…. Ain 3 Jaya (kelas ke-3) Wanie naik kelas (3
Maju, kelas pertama) Rami masih 3 Maju lagi… Tapi Rami sekejap je masuk kelas
tu, lepastu dia pindah SMKDTHO.
Masa hari pertama Ain masuk kelas ni, Ain tak banyak cakap
sebab Ain tak berapa nak rapat dengan budak kelas ni dulu… Masuk je kelas ni,
rasa nak nangis, Lagi-2 masa matapelajaran Agama pergh sebak gilo bak hang!
Haha, tak tahu lah kenapa… -,- Kang bila duduk sorang-2 mula lah air mata tu
mengalir, ohoho. Cengeng kau Ain! Tapi bila rehat happy balik sebab rehat dengan
gang 7 of us… Bila masuk kelas balik, mati kutu aku. Huuuu ;(
Then dalam bulan Januari, Februari n Mac kot start rapat
dengan Humaira a.k.a Mai, Ain Kechik, Syifa, and Ellyka. Ceyh bila beratur
barisan paling tengah kadang-2 barisan lima dari depan . haha. Nampak semangat
duduk depan tu? Heeee Ain yang tukang chop tempat nye tu.. Yelah Ain paling
awal datang kan kalau dalam group tu, so sementara menunggu diorang tu lepak kejap
ngan Syafiqah kengkadang Ain Kechik tu datang awal gak, so lepak sekali la
dengan Atirah Amani and Nadiah….. huu… Bila diorang dah datang diorang duduk
lah kat depan or belakang Ain… Then akan bermulalah story morry kitorang… Tak
sedar diri lagi nak PMR time ni… haha…. Ish-2 (adik-2 yang nak exam tu jangan
cuba perbuatan ini okay?)
Then nak masuk bulan April, Mei, Jun or Julai (-,- tak ingat
bulan yg mane satu tapi sebelum Trial PMR 2011 la) kawan Ain, Intan Nurhafiza
kawan dari sekolah rendah pindah masuk sekolah Ain… Masa Intan masuk sekolah
ni, dia kelas 3 Harapan (kelas ke-5) Tapi lepas Trial PMR tu Intan masuk kelas
Ain, 3 Jaya sebab kelas dirombak mengikut result Trial PMR and Syafiqah and
Asma dari 3 Amanah masuk jugak kelas Ain…. Asma and Intan budak baru sekolah
ni… Ain? Ain stay 3 Jaya la…..
Bila Ain rapat dengan Intan, group lepak dalam kelas pown
dah lain. Antaranya Ain, Damia, Yati, Intan, Asma and Syafiqah rapat dalam
kelas and rehat sama-2. Tapi Syafiqah ni macam biskut, kejap ada kejap tak ada.
Suka-2 dia je nak masuk gang mana. Tapi kitorang tak kesah, berkawan biar ramai
kan, berkasih biar satu. Aicehhh. Hak tuih la weyh. Hahaha. Kitorang kaki
nyanyi . Nak-2 lagi bila dekat nak akhir tahun, lepas habis PMR jangan Tanya
lah kan, kerjanya menyanyi jelah… huhu… macam-2 lagu kitorang nyanyi. Bila nak
habis sekolah bawak handfone pergi sekolah… Then nyanyi dalam kelas and rakam.
Heeee. Miss that moment lah kawan…… Then dalam bulan 12 dapat result PMR… Ain
dapat 1A 7B . A tu Kemahiran Hidup.